Sambutan Aidilfitri di Hospital Temburong

Sambutan Aidilfitri di Hospital Temburong

TEMBURONG, 29 Julai – Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam dan Pejabat Kesihatan Daerah Temburong melalui Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian hamper kepada pesakit-pesakit bertempat di ruang legar hospital berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dan datin.

Majlis tersebut antara lain bertujuan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Temburong bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka.

Lebih kurang 150 orang menghadiri majlis tersebut.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong kelmarin.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong kelmarin.

pg03_150730_e

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua pengarah, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai serta kakitangan Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam dan Pejabat Kesihatan Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA