Sambutan Aidilfitri di Hospital Tutong

Sambutan Aidilfitri di Hospital Tutong

Oleh Pg Fairol RMF

 

TUTONG, 30 Julai – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, melalui Kementerian kesihatan, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana seramai 45 pesakit turut menerima hamper.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di ruang legar hospital hospital berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof yang turut menyampaikan hamper kepada para pesakit dari Wad Kanak-kanak, Perempuan, Lelaki dan Wad Bersalin.

Kira-kira 200 jemputan menghadiri majlis sambutan berkenaan termasuk Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua pengarah, para pegawai dan kakitangan hospital berkenaan.

Antara tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan beramah mesra serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan para pegawai dan kakitangan di hospital.

Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Adanan menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. – Gambar oleh Azaraimy HH
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Adanan menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. – Gambar oleh Azaraimy HH

pg03_150731_c

ARTIKEL YANG SAMA