Sambutan Aidilfitri masih meriah

Sambutan Aidilfitri masih meriah

Oleh Hjh Saemah Kepli

KUALA BELAIT – Biarpun bulan Syawal sudah semakin menghampiri penghujungnya, namun Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi diraikan dengan meriahnya termasuk oleh Kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta pihak-pihak persendirian di sana sini.

Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, turut tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan ahli-ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan di sini baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Haji Ali bin Matyassin.

Pelbagai acara persembahan

Bagi menambah ceriakan lagi suasana sambutan, berbagai acara persembahan telah diadakan termasuk pertandingan nyanyian berkumpulan bahagian-bahagian yang bertemakan lagu-lagu hari raya, turut dipertandingkan ialah hiasan bilik dan pondok-pondok bahagian-bahagian di jabatan itu dan sebagainya.

Tetamu kehormat Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Haji Ali bin Matyassin bersama dengan pegawai-pegawai jabatan itu dan ahli-ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tetamu kehormat Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Haji Ali bin Matyassin bersama dengan pegawai-pegawai jabatan itu dan ahli-ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ianya bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan untuk menonjolkan kreativiti dan idea kepada kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan serta bagi memperkuatkan lagi semangat berpasukan dan memupuk sifat persefahaman selain secara tidak langsung dihasratkan untuk menerapkan dalam kerja-kerja harian mereka.

Lebih tiga ratus orang di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menghadiri majlis tersebut yang juga merupakan salah satu aktiviti jabatan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Majlis turut menyaksikan acara penyampaian hadiah-hadiah kepada mereka yang menang dalam pertandingan telah disempurnakan penyampaiannya oleh tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA