Sambutan Aidilfitri PBSM Daerah Tutong

Sambutan Aidilfitri PBSM Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Ogos – Lebih 50 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM) termasuk pegawai-pegawai dari cawangan Daerah Tutong telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya PBSM Cawangan Daerah Tutong yang berlangsung di Ibu Pejabat PBSM Sementara, Pejabat Pusat Belia Daerah Tutong.

PBSM cawangan Daerah Tutong tahun ini menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dipengerusikan oleh Pengarah Daerah PBSM cawangan Daerah Tutong, Awang Mohd Musa bin Johari.

Menurut Awang Mohd Musa, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan PBSM dan pada tahun ini, majlis sambutan Hari Raya diadakan buat kali kedua bagi cawangan Daerah Tutong.

Adapun tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memeriahkan acara sambutan Hari Raya PBSM di samping dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama ahli PBSM dari mana-mana cawangan.

Gambar ramai ahli-ahli PBSM cawangan Daerah Tutong bersama Pengarah Daerah PBSM cawangan Daerah Tutong.
Gambar ramai ahli-ahli PBSM cawangan Daerah Tutong bersama Pengarah Daerah PBSM cawangan Daerah Tutong.