Sambutan Aidilfitri Pusat Ehsan meriah

Sambutan Aidilfitri Pusat Ehsan meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Sambutan Hari Raya Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini, bertambah ceria apabila pusat itu menerima cek berjumlah $5,000 yang disumbangkan oleh Indramas Sendirian Berhad.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan Indramas, Thirunarayanan Mohan kepada Dato Paduka Haji Alimin bin Haji Abdul Momin di Dewan Sumbangsih, Beribi pada majlis sambutan yang dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, ahli Lembaga Kanan Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Alimin, Eksekutif Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

Pengerusi jawatankuasa sambutan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin berkata, majlis ini merupakan aktiviti tahunan Pusat Ehsan dalam mengeratkan silaturahim antara pelajar, keluarga dan juga kakitangannya.

Dato Paduka Dr. Haji Affendy (kiri) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Ehsan.
Dato Paduka Dr. Haji Affendy (kiri) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Ehsan.
Dato Paduka Haji Alimin (kiri) menerima cek sumbangan dari Thirunarayanan Mohan (kanan).
Dato Paduka Haji Alimin (kiri) menerima cek sumbangan dari Thirunarayanan Mohan (kanan).

Sambutan ini juga menandakan rasa penghargaan kepada kesemua penyumbang dan penaja yang banyak memberikan sumbangan ke arah perkembangan Pusat Ehsan.

Warga Pusat Ehsan juga diceriakan dengan penyampaian hadiah dan duit raya oleh pemilik Afridi Jaya Sdn Bhd, Mohammad Ismail Afridi bin Haji Mohammad Yaqoob Afridi dan Jason Tan yang mewakili pihak Yap Ong Moi.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian artis tempatan, Aziz Harun and FNDuo serta para pelajar pusat berkenaan.