Sambutan Aidilfitri UOB

Sambutan Aidilfitri UOB

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – United Overseas Bank (UOB) tidak ketinggalan mengadakan majlis pejabat terbuka bagi memperingati Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah yang berlangsung di Terindak d’Seni, Bandar Seri Begawan.

Kehadiran jemputan dialu-alukan oleh Naib Presiden Kanan, Pengurus Cawangan UOB Brunei, Awang Abdul Razak bin Abdul Malek bersama kakitangan UOB.

Majlis yang diadakan dari jam 11 pagi hingga 2 petang itu bertujuan untuk bersilaturahim terutamanya di antara ahli-ahli korporat, pelanggan dan juga para jemputan. Ia juga memberi penghargaan kepada mereka yang telah setia kepada syarikat berkenaan sejak sekian lama.

Gambar ramai bersama kakitangan UOB.
Gambar ramai bersama kakitangan UOB.
Para jemputan menikmati jamuan yang disediakan.
Para jemputan menikmati jamuan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA