Sambutan Aidilfitri Utama Bowling

Sambutan Aidilfitri Utama Bowling

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, i-Bowl @ Utama Bowling telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bagi pemain-pemain boling tempatan yang diadakan di Utama Bowling, hari ini.

Majlis dimeriahkan dengan perlawanan boling persahabatan, diikuti persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya oleh artis jemputan, Jazz Hayat di samping menikmati jamuan istimewa yang disediakan oleh pihak Pengurusan i-Bowl.

Pengarah i-Bowl, Awang Fauzi Zainal Abidin berkata, sambutan berkenaan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka dan beramah-mesra bersama para pemain boling dan rakan-rakan lama mereka.

Sesi bergambar ramai bersama para jemputan.
Sesi bergambar ramai bersama para jemputan.
Jemputan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya oleh Jazz Hayat.
Jemputan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya oleh Jazz Hayat.

Selain itu, pemain-pemain veteran yang sudah lama meninggalkan arena boling juga dijemput dalam sambutan tersebut.

“Diharap pemain-pemain lama dan orang ramai dapat mengambil pengalaman sendiri di i-Bowl @ Utama Bowling yang sekarang diubai suai dengan peralatan baru dan canggih,” katanya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA