Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah UTB

Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah UTB

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini, telah mengadakan ceramah keagamaan bertajuk ‘Hijrah dalam Kehidupan Berlandaskan Sunnah’ bagi memperingati Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, para pensyarah, kakitangan dan para pelajar universiti berkenaan.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman yang telah menekankan mengenai penerapan kontemporari hijrah, yang merupakan usaha berterusan untuk menangkis kecenderungan negatif dalam diri seseorang.

Selain itu, juga penting bagi umat Islam untuk mengikut hijrah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam dengan membuat transformasi peribadi ke arah menjadi individu lebih baik dengan niat demi Allah Subhanahu Wata’ala.

Profesor Madya Dr Hajah Zohrah menyampaikan cenderahati kepada Dayang Norhayati.
Profesor Madya Dr Hajah Zohrah menyampaikan cenderahati kepada Dayang Norhayati.
Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA