Sambutan di Kg Ayer kekal meriah

Sambutan di Kg Ayer kekal meriah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampong Ayer masih terasa walaupun pada masa kini kebanyakan generasi baru sudah berpindah ke darat.

Keadaan tersebut dapat dilihat melalui kunjungan anak cucu ke rumah orang tua masing-masing yang masih menetap di Kampong Ayer.

Suasana ini amat dirasai oleh sepasang warga emas, Haji Asgar bin Othman dan isteri, Hajah Kamsiah binti Metassan dan seorang balu warga emas, Hajah Siti Hawa binti Ahmad yang merupakan penduduk jati Kampung Tamoi Ujong.

Haji Asgar merupakan seorang warga emas yang masih giat memburis perahu sehingga sekarang.

Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah warga emas berkenaan apabila dikunjungi oleh anak, cucu dan cicitnya di hari mulia ini.

Haji Asgar bergambar ramai bersama anak, cucu dan cicitnya.
Haji Asgar bergambar ramai bersama anak, cucu dan cicitnya.

Melalui amalan ziarah tersebut dapat mengeratkan dan memanfaatkan pertemuan sebaik mungkin. Di samping itu juga, Hari Raya Aidilfitri ini memberi peluang dan kesempatan kepada saudara mara untuk bertanya khabar dan perkembangan masing-masing.

Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong amat strategik kerana kampung tersebut mudah didatangi pengunjung melalui jambatan menuju ke Tanah Perkuburan Alangan Besar yang disediakan oleh kerajaan.

Di samping itu, kampung berkenaan juga memiliki daya tarikan sendiri dengan pengangkutan basikal beroda tiga milik penduduk kampung berkenaan sebagai satu kemudahan. – Sahama

ARTIKEL YANG SAMA