Sambutan di Tutong meriah

Sambutan di Tutong meriah

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 3 Mei – Orang ramai dan penduduk di Daerah Tutong juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi acara yang bersejarah dengan berkumpul dari awal lagi bersama keluarga mereka untuk menyertai Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 bagi Daerah Tutong yang diadakan di dua zon yang berasingan iaitu Zon 1 di Tatangan Persiaran Sungai Tutong, Pekan Tutong, dan Zon 2 di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang, Tutong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat, merasmikan dan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara sempena sambutan berkenaan di Zon 2 ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, manakala di Zon 1 ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir di acara sambutan Zon 2 ialah Penghulu Mukim Telisai dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku pengerusi bersama majlis, Setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap Kementerian Pembangunan serta pegawai-pegawai kerajaan.

Selepas pelancaran Hari Keluarga Zon 2, majlis diteruskan dengan persembahan kebudayaan dan perlawanan tarik kalat keluarga yang menyaksikan perlawanan di antara pasukan Gagak Hitam menentang pasukan Ikan Pusu dengan pasukan Gagak Hitam muncul juara.

Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta perlawanan tarik kalat keluarga.

Menteri Pembangunan meninjau gerai jualan semasa sambutan yang diadakan di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang.
Menteri Pembangunan meninjau gerai jualan semasa sambutan yang diadakan di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang.
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya melawat gerai semasa acara sambutan yang berlangsung di Tatangan Persiaran Sungai Tutong.
Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya melawat gerai semasa acara sambutan yang berlangsung di Tatangan Persiaran Sungai Tutong.

pg08_150504_d

Seterusnya, Yang Berhormat Pehin menyempurnakan pelancaran Cabaran Keluarga Berwawasan dan menyaksikan pameran serta acara-acara Sambutan Hari Keluarga.

Pelbagai acara-acara menarik telah diatur untuk memeriahkan lagi acara sambutan sehari itu termasuk gerai jualan produk mukim dan kampung, gerai jualan, ekspo produk, permainan Ular dan Tangga Keluarga, pameran kereta antik, peraduan Resipi Istimewa Keluarga, pemeriksaan kesihatan, persembahan pentas keluarga, pameran dan futsal keluarga ria.

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 sekali lagi membawa tema Keluargaku Harapanku, yang mana ia dihasratkan untuk meneguhkan susunan dan jalinan fabrik sosial untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang berkesan ke arah melahirkan masyarakat dan bangsa yang berkualiti dan berdaya maju.

Persembahan kebudayaan yang memeriahkan lagi acara sambutan.
Persembahan kebudayaan yang memeriahkan lagi acara sambutan.

pg08_150504_f

pg08_150504_e

Sambutan itu juga dihasratkan untuk menggalakkan ibu bapa dan sekalian anggota keluarga meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga serta sentiasa mementingkan keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk memberikan kesedaran dan peringatan bagi setiap keluarga untuk tidak lupa akan peranan penting mereka terhadap keluarga dan memberikan kasih sayang kepada keluarga walaupun mereka sibuk dengan urusan pekerjaan dan perniagaan.

Melalui sambutan itu, diharapkan akan dapat menjadikan Brunei sebuah negara yang mempunyai masyarakat prihatin dan mempunyai kesedaran kepada peranan penting institusi keluarga dalam membangun negara bangsa.

ARTIKEL YANG SAMA