Sambutan Hari Guru masih dirasai

Sambutan Hari Guru masih dirasai

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Sambutan Hari Guru terus diraikan sebagai menghargai jasa bakti guru-guru dalam mendidik dan membentuk anak bangsa menjadi insan berguna.

Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun, Kampung Kiulap tidak ketinggalan mengadakan sambutan yang berlangsung di Dewan serba guna sekolah berkenaan hari ini.

Menurut Guru Besar sekolah, Hajah Noordini binti Haji Tuah, majlis sambutan itu juga dilihat dapat merapatkan lagi hubungan baik antara guru dengan warga sekolah dalam suasana yang lebih santai.

Guru-guru Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun.
Guru-guru Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun.
Murid-murid sekolah berkenaan sebelum memulakan persembahan mereka.
Murid-murid sekolah berkenaan sebelum memulakan persembahan mereka.

Katanya, sambutan berkenaan juga adalah untuk memberikan penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik.

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan-persembahan oleh para murid sekolah diikuti dengan acara memotong kek yang disempurnakan oleh guru besar sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA