Sambutan Hari Guru SMALHB

Sambutan Hari Guru SMALHB

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Bagi mengenang jasa para guru, majlis pelajar, pengawas lelaki dan perempuan (raid-raidah) serta semua pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), kelmarin, telah mengadakan Sambutan Hari Guru ke-25 di Dewan Al-Azkiyaa, sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan di sini, acara dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan koir dan selingan video memori dan sketsa Hari Guru, kemudian diteruskan dengan kemuncak acara iaitu cabutan bertuah yang mana semua guru berpeluang mendapat hadiah-hadiah yang diberikan oleh para pelajar.

Selepas itu, Yang Di-Pertua Pelajar SMALHB sesi 2015/2016, Awang Rohidi bin Junaidi selaku wakil pelajar SMALHB menyampaikan cenderahati kepada Pemangku Pengetua SMALHB, Hajah Norjainah binti Haji Buntar.

Acara diakhiri dengan para pelajar bersalam-salaman dengan guru-guru sekolah berkenaan.

Guru-guru SMALHB bergambar ramai sempena sambutan Hari Guru ke-25.
Guru-guru SMALHB bergambar ramai sempena sambutan Hari Guru ke-25.