Sambutan hari jadi presiden Zimbabwe dikecam

Sambutan hari jadi presiden Zimbabwe dikecam

ZIMBABWE, 28 Feb (Reuters) – Sambutan hari jadi ke-92 Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang serba mewah yang menelan belanja AS$1 juta mendapat kecaman orang ramai yang menyifatkan majlis itu sebagai satu penghinaan kepada rakyat, di mana negara itu kini bergelut dengan isu kemarau.

Pemimpin paling lama Afrika, Mugabe menyambut hari lahir 21 Februari lalu dan tidak berniat untuk berundur sekali gus mengecewakan anggota partinya ZANU-PF yang bertelagah selepas sekian lama mempersiapkan jentera untuk mengambil alih tempat beliau.

Mugabe, diiringi isterinya, Grace, dan anak-anak, melepaskan 92 belon sambil mendengar bacaan puisi, lagu dan nyanyian oleh penyokong yang memuji beliau sebagai ikon Afrika yang berwawasan. Sebuah kek gergasi yang kelihatan seperti runtuhan purba diletakkan berhampiran khemah.