Sambutan Hari Kebangsaan bermula

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 secara rasminya bermula hari ini dengan Upacara Menaikkan Bendera Besar yang diadakan di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Haji Matassim bin Haji Metussin. Ia diteruskan dengan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei berarak masuk bagi penyerahan dan penerimaan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam daripada Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman kepada ketua anggota pasukan menaikkan bendera.

Penyempurnaan upacara menaikkan bendera besar negara diiringi lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Allah Peliharakan Sultan, yang dinyanyikan oleh kumpulan koir Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, terdiri daripada 39 orang pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan serta Pancaragam Polis Diraja Brunei.

Majlis juga diserikan dengan persembahan dua buah lagu patriotik bersama kibaran bendera kecil.

Upacara menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam.
Upacara menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan bendera dan poster Hari Kebangsaan kepada Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman.
Bendera-bendera kecil negara turut dikibarkan.
Bendera-bendera kecil negara turut dikibarkan.

Upacara menaikkan bendera besar hari ini turut dihadiri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai daerah, wakil-wakil jabatan kerajaan dan swasta, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta jemputan khas.

Bendera negara adalah lambang yang dapat membangkitkan semangat patriotik, cintakan bangsa dan negara serta harus dijadikan sebagai pemangkin untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta bersemangat cintakan negara dan bangsa.

Ia juga berhubung rapat dengan maruah dan martabat bangsa kerana bendera merupakan lambang kedaulatan bangsa. Majlis turut menyaksikan penyerahan bendera-bendera dan poster-poster Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 yang diserahkan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi kepada pegawai-pegawai daerah dan pemangku pegawai daerah dari keempat-empat daerah.