Sambutan Hari Kebangsaan Pakistan

Sambutan Hari Kebangsaan Pakistan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Bersempena dengan Hari Kebangsaan Pakistan yang ke 76 tahun, Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam di Kampung Lambak Kanan, di sini, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan upacara tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik. Majlis pagi tadi itu bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan Pakistan yang disambut pada setiap 23 Mac setiap tahun di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pakistan di negara ini.

TYT Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik semasa menaikkan bendera.
TYT Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik semasa menaikkan bendera.
Antara warga Pakistan yang hadir pada upacara tersebut.
Antara warga Pakistan yang hadir pada upacara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA