Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Fairview

Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Fairview

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Dalam menaikkan lagi semangat patriotik dalam diri para pelajar, Sekolah Fairview baru-baru ini, telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bertempat di sekolah berkenaan di Berakas, di sini.

Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan dan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’, diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Nurazmi.

Acara kemudiannya diteruskan dengan pelbagai aktiviti. Antara yang mendapat perhatian ialah pertandingan lagu-lagu patriotik oleh pelajar-pelajar peringkat rendah bawah dan atas yang dibahagikan mengikut kumpulan, iaitu Kumpulan Air Muleh dengan lagu ‘Berkibarlah Bendera’, Kumpulan Bunga Simpur dengan lagu ‘Brunei Bumi Bertuah’, Kumpulan Celapa dengan lagu ‘Bendera Negara’, dan Kumpulan Jongsarat dengan lagu ‘Tanah Airku’.

Guru-guru Sekolah Fairview yang terlibat dalam sambutan tersersebut.
Guru-guru Sekolah Fairview yang terlibat dalam sambutan tersersebut.
Wajah riang murid-murid Sekolah Fairview.
Wajah riang murid-murid Sekolah Fairview.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid pra sekolah dengan lagu ‘Merdeka Negara Brunei Darussalam’ sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti bagi pra sekolah, Tahun 1 hingga 3, dan juga juara pertandingan lagu patriotik bagi peringkat rendah atas dan bawah.Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Fairview, Hajah Samsinah binti Haji Kifli, juga berkesempatan menyampaikan ucapan yang antara lain menekankan mengenai detik-detik penting dan sejarah Negara Brunei Darussalam. Bagi menutup majlis, juara pertandingan lagu patriotik bagi peringkat rendah atas dan bawah juga dijemput sekali lagi untuk memperdengarkan nyanyian mereka.