Sambutan Hari Kebangsaan SR Tungku

Sambutan Hari Kebangsaan SR Tungku

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Kira-kira 500 orang warga Sekolah Rendah (SR) Tungku yang terdiri daripada Pra hingga Tahun 6 dan para guru, baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 yang diadakan di sekolah tersebut, di sini.

Hadir pada sambutan tersebut ialah Guru Besar SR Tungku, Dayang Norleha binti Haji Matali. Sambutan yang bertujuan bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pemangku Guru Besar, Dayang Amashuraini binti Abdul Majid, diikuti ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Pengakap SR Tungku, Awang Muhd Redzuan Maliqki bin Samree.

Kemudian acara diteruskan dengan tayangan video Sejarah Kemerdekaan Brunei diikuti video lagu patriotik ‘Sumpah dan Janji’ dan ‘Tekad Kemerdekaan’.

Awang Muhd Redzuan Maliqki ketika mengetuai pembacaan ikrar Hari Kebangsaan yang turut diikuti oleh murid-murid yang lain.
Awang Muhd Redzuan Maliqki ketika mengetuai pembacaan ikrar Hari Kebangsaan yang turut diikuti oleh murid-murid yang lain.

Murid-murid juga berkesempatan menyanyikan lagu patriotik bersama-sama dan terlibat dalam kuiz bagi guru-guru dan murid-murid.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan menapih sinjang bagi guru-guru lelaki dan pertandingan memasang tudung Brunei bagi guru-guru perempuan. Sambutan tersebut diakhiri dengan laungan ‘Allahu Akbar’ dan merdeka sebanyak tiga kali diketuai oleh Awang Khairul Salleh.

ARTIKEL YANG SAMA