Sambutan Hari Keputeraan

Sambutan Hari Keputeraan

Oleh Ampuan Irma Susanti binti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 28 Julai – Sebanyak tiga kategori iaitu Tanding Antarabangsa, Cakak Asli Brunei dan Kuntau (silat Melayu) telah dipertandingkan dalam perlawanan Pencak Silat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun bagi peringkat Daerah Temburong.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, baru baru ini bermula dengan perarakan membawa keris masuk gelangang sebagai upacara pembukaan rasmi perlawanan yang disempurnakan oleh Yang DiPertua PERSIB Negara Brunei Darussalam, Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Ludin.

Dalam ketegori Tanding Antarabangsa, sebanyak sembilan kelas dipertandingkan dan Kategori Cakak Asli Brunei Lelaki Dewasa dimenangi oleh Awang Omar Abdul Aziz bin Haji Ismail dan Awang Md.Zulkarnain bin Haji Abd Rahim di tempat kedua. Johan Cakak Asli Remaja ialah Awang Mohammad Nasrul bin Alias, manakala Cakak Asli Wanita Dewasa dijuarai oleh Dayang Ainizah binti Zamri.

Awang Omar Abdul Aziz bertemu Awang Md. Zulkarnain dalam perlawanan akhir Kategori Cakak Lelaki Dewasa.
Awang Omar Abdul Aziz bertemu Awang Md. Zulkarnain dalam perlawanan akhir Kategori Cakak Lelaki Dewasa.

Dalam Kategori Kuntau Lelaki Dewasa, Awang Mohd. Amrull bin Hj Ariffin @ Kamis muncul juara setelah mengalahkan Awang Abdul Muhaimin bin Haji Abd Rahim yang meraih tempat kedua, manakala Kategori Remaja pula, Awang Mohd Aqil Nabil Shah bin Dahlan muncul johan dan Kategori Wanita Dewasa dimenangi oleh Dk.Nurul Intan Mas Wakillah binti Pengiran Duraman.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Dearah Temburong, Awang Md. Amir Hairil bin Haji Mahmud selaku tetamu kehormat. Beliau juga telah menyempurnakan upacara menyarungkan keris sebagai menutup pertandingan tersebut.

Acara Pencak Silat tahun ini mendahului acara-acara keraian lain di Daerah Temburong yang akan menghantar pasukan ke peringkat kebangsaan di Bandar Seri Begawan bermula 1 Ogos ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA