Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus semarak

Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus semarak

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Kira-kira 500 warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah kementerian itu yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Tanah itu dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Ghafar, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis itu bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadan, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi (tengah) di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan di ICC, Berakas.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi (tengah) di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan di ICC, Berakas.

p04-2_20150814 p04-3_20150814

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tanah, Hajah Zainon binti Abang Haji Omarzuki, selaku Pengerusi Majlis.

Sambutan itu turut diserikan dengan pelbagai hidangan jamuan yang disediakan dan persembahan daripada wakil jabatan-jabatan di bawah kementerian tersebut.

Antara persembahan yang diadakan bagi memeriahkan sambutan itu termasuk nyanyian lagu-lagu raya, lagu nasyid, persembahan sketsa dan persembahan guling tangan.

ARTIKEL YANG SAMA