Sambutan Hari Raya AMBD

Sambutan Hari Raya AMBD

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hari ini, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD yang diadakan di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri, di sini.

Berangkat ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke majlis ramah mesra itu dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong, ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD, pengurusan kanan dan pegawai-pegawai serta kakitangan AMBD.

Sejurus keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan sertai pegawai dan kakitangan AMBD.

Semasa keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke majlis tersebut.
Semasa keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke majlis tersebut.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Autoriti Monetari Brunei Darussalam yang diadakan di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Autoriti Monetari Brunei Darussalam yang diadakan di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai bersama warga AMBD di salah sebuah petak Hari Raya tersebut.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai bersama warga AMBD di salah sebuah petak Hari Raya tersebut.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke salah sebuah petak Hari Raya sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke salah sebuah petak Hari Raya sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD dan pihak pengurusan AMBD.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD dan pihak pengurusan AMBD.

Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada pemenang-pemenang petak terbaik sempena majlis ramah mesra Aidilfitri tersebut.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia berkenan melawat petak-petak yang bertemakan musim panas, bunga, luruh, sejuk dan padang pasir. Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD, pengurusan kanan dan pegawai serta kakitangan AMBD.

Acara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama seluruh warga AMBD serta untuk menggalakkan budaya dan suasana kerja yang penuh harmoni dan sentiasa bersatu padu.

ARTIKEL YANG SAMA