Sambutan Hari Raya di kesemua cawangan HSBC 31 Julai ini

Sambutan Hari Raya di kesemua cawangan HSBC 31 Julai ini

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan penuh meriah dan HSBC Brunei juga tidak ketinggalan untuk mengalu-alukan para pelanggannya bagi sama-sama memeriahkan sambutan di kesemua cawangan HSBC di seluruh negara sepanjang waktu pejabat pada 31 Julai nanti.

Menurut kenyataan HSBC Brunei, semasa sambutan itu, kakitangan HSBC juga akan memakai pakaian perayaan, menyajikan pelbagai hidangan juadah serta akan menghiasi cawangan-cawangan bank berkenaan dengan hiasan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Harta HSBC Brunei, Lyndsay Rajah, HSBC terus komited untuk mengetengahkan pelbagai budaya masyarakat di seluruh dunia dan terus sama-sama memeriahkan sambutan perayaan yang unik sebagai tanda penghormatan budaya pelanggan-pelanggan mereka.

Sambutan itu, tambahnya lagi, merupakan salah satu cara bagi HSBC untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan bank berkenaan di atas sokongan berterusan mereka.

Di samping itu juga, ia diharap dapat memberikan peluang bagi kakitangan bank itu untuk mendapatkan maklum balas daripada para pelanggan mengenai pengalaman mereka supaya akan dapat membantu pihak bank untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.

ARTIKEL YANG SAMA