Sambutan Hari Raya Kampung Sungai Akar

Sambutan Hari Raya Kampung Sungai Akar

Oleh Haji Mohd Daud bin Abdul Rahman

 

Bulan Syawal semakin hampir ke penghujungnya, namun sebilangan kecil masih lagi menjemput sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat dengan mengadakan rumah terbuka bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis sambutan Remah Mesra Hari Raya ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar di bawah Mukim Berakas B baru-baru ini, bertempat di simpang 83, Restoran Pujangga.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Haji Muhammad Saidullah bin Haji Salleh, seterusnya diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Majlis Perundingan Kampung dan juga selaku Pengerusi sambutan tersebut, Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada penduduk Kampung Sungai Akar dan juga persembahan nyanyian karaoke, sambil menikmati hidangan yang telah disediakan.

pgm6_160729_a

Antara persembahan yang dibuat pada sambutan itu.
Antara persembahan yang dibuat pada sambutan itu.
Para hadirin menikmati jamuan yang disediakan.
Para hadirin menikmati jamuan yang disediakan.

Cabutan angka bertuah menyemarakkan lagi acara tersebut yang diberikan kepada para jemputan khas, tetamu, dan penduduk Kampung Sungai Akar.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee bin Mohd Zain.

Kesepakatan dan kerjasama antara ketua kampung dan anak-anak buah kampung perlu dititikberatkan demi kesejahteraan penduduk kampung. Dan perlunya sentiasa aktif mengadakan perundingan dan kemuafakatan untuk mengadakan sesebuah acara bercorak keugamaan dan sebagainya secara berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA