Sambutan Hari Raya Kingston meriah

Sambutan Hari Raya Kingston meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sambutan Hari Raya Kingston yang diraikan pada pagi tadi di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Beribi disambut dengan penuh meriah dan kegembiraan, khususnya kepada ahli kakitangan dan para jemputannya.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik dan beberapa aktiviti berhadiah serta jamuan isitmewa sebagai penghargaan kepada ahli kakitangannya yang telah berkhidmat di syarikat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd sehingga kini.

Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim dalam ucapannya menyatakan sambutan hari ini menunjukkan bersatunya kesemua ahli kakitangan dibawah syarikat berkenaan.

Sesi bergambar ramai semasa majlis tersebut.
Sesi bergambar ramai semasa majlis tersebut.

Majlis Sambutan Hari Raya turut diadakan untuk memberikan penghargaan kepada mereka disamping mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama ahli kakitangan syarikat berkenaan.

“Saya percaya syarikat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd akan sentiasa menempuhi cabaran-cabaran baru pada waktu yang sama akan meningkatkan lagi perniagaan syarikat kepada yang lebih baik dengan memperkenalkan rangkaian francais baru dimasa hadapan.”

Lebih 300 orang jemputan menghadiri majlis Sambutan Hari Raya tersebut yang juga dihadiri oleh Pengasas syarikat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Lim Kian Chai.

ARTIKEL YANG SAMA