Sambutan Hari Raya Politeknik Brunei

Sambutan Hari Raya Politeknik Brunei

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Politeknik

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Politeknik Brunei, Kampus Lumut turut memeriahkan lagi bulan Syawal dengan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di kampus berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Lumut 1, Mukim Liang Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad.

Sambutan Hari Raya itu dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik daripada para pelajar, guru dan juga kakitangan di kampus tersebut di samping disajikan dengan pelbagai hidangan juadah yang menyelerakan.

Majlis pagi tadi itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai, pensyarah, kakitangan dan pelajar sekolah di samping menyemarakkan Sambutan Hari Raya tahun ini.

Antara pelajar yang hadir menyemarakkan lagi sambutan itu.
Antara pelajar yang hadir menyemarakkan lagi sambutan itu.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disemerakkan lagi dengan beberapa persembahan menarik.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disemerakkan lagi dengan beberapa persembahan menarik.

ARTIKEL YANG SAMA