Sambutan Hari Raya TASKA YSHHB

Sambutan Hari Raya TASKA YSHHB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) menyemarakkan lagi bulan Syawal dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Taska, pagi tadi.

Hadir selaku wakil Pemangku Pengetua TASKA ialah Hajah Ernye Maisurah binti Haji Matdanan.

Sambutan Hari Raya itu telah dihadiri lebih 200 orang pelajar TASKA dan telah diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan pakaian Hari Raya oleh kanak-kanak TASKA dan juga persembahan nyanyian serta tarian oleh kanak-kanak TASKA Tiga.

Majlis itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak mengenai majlis-majlis kebesaran Islam dan negara di samping memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk menikmati suasana berhari raya bersama warga TASKA.

Antara aktiviti yang menarik semasa majlis sambutan Hari Raya berkenaan.
Antara aktiviti yang menarik semasa majlis sambutan Hari Raya berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA