Sambutan Hari Raya TelBru meriah

Sambutan Hari Raya TelBru meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Syarikat Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah menjemput para pelanggan korporat, kerajaan dan rakan-rakan kongsi perniagaannya untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam Rumah Terbuka Hari Raya TelBru yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, The Empire Hotel & Country Club, hari ini.

Majlis rumah terbuka yang berlangsung dari 11 pagi hingga 5 petang itu merupakan acara tahunan sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada syarikat sejak sekian lama.

“Kami percaya, mengeratkan lagi hubungan kerjasama bersama para pelanggan, sama ada individu mahupun korporat, sokongan mereka terhadap syarikat bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada negara tetapi menggalakkan TelBru untuk membuat lebih bagi masa depan negara,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, Dayang Nurbahriah Eliza binti Abdullah.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin dan Dato Paduka Haji Hisham antara yang hadir pada Rumah Terbuka Hari Raya TelBru.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin dan Dato Paduka Haji Hisham antara yang hadir pada Rumah Terbuka Hari Raya TelBru.
Antara wakil-wakil syarikat yang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya TelBru.
Antara wakil-wakil syarikat yang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya TelBru.

Selain daripada warga Pengurusan Kanan TelBru, antara yang hadir termasuk Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah; Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah selaku Pengerusi TelBru Sdn Bhd, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta para perwakilan luar negara ke Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA