Sambutan Lebaran DST

Sambutan Lebaran DST

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Dengan mengetengahkan tema Raya Media Sosial, DST telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), dari pukul 9 pagi hingga 3 petang tadi.

Para jemputan yang terdiri daripada orang-orang kenamaan, pegawai dan kakitangan kerajaan dan korporat dari pelbagai industri telah dialu-alukan oleh Timbalan Menteri Kewangan selaku Pengerusi DST, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

Hadir sama bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu di Pejabat Terbuka DST itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Haji Suhaimi bin Haji Hussain.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II yang juga selaku Timbalan Pengerusi Agensi Pelaburan Brunei, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.

Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin turut menghadiri majlis Sambutan Hari Raya bertemakan Raya Media Sosial DST.
Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin turut menghadiri majlis Sambutan Hari Raya bertemakan Raya Media Sosial DST.
Tetamu kehormat, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan pegawai kanan DST, ahli Lembaga Pengarah serta tetamu lainnya semasa menghadiri majlis Pejabat Terbuka DST di Pusat Kesenian JIS.
Tetamu kehormat, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan pegawai kanan DST, ahli Lembaga Pengarah serta tetamu lainnya semasa menghadiri majlis Pejabat Terbuka DST di Pusat Kesenian JIS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tema sambutan berkenaan diinspirasikan daripada trend cara hidup masa kini yang menggunakan peralatan media sosial untuk berinteraksi dalam kalangan masyarakat celik teknologi.

Sesuai dengan tema itu, suasana dewan diserikan dengan hiasan yang mengetengahkan pengalaman media seperti Instagram, Pinterest, WhatsApp, Facebook dan Google.

Terdapat juga ikon bersaiz besar aplikasi media sosial popular dan ruang interaktif yang dihias menyerupai platform maya ‘Google hangout’ di samping perhiasan perayaan bagi memeriahkan semangat Hari Raya.

Bagi menambahkan lagi suasana Hari Raya, majlis turut menampilkan orkestra, yang memainkan susunan muzik instrumental yang terdiri lagu-lagu klasik Hari Raya digabungkan dengan muzik santai untuk menghiburkan para tetamu.

pg10_160720_b

Tetamu menikmati hidangan pada Pejabat Terbuka DST.
Tetamu menikmati hidangan pada Pejabat Terbuka DST.

Dalam menyokong perniagaan tempatan, DST juga menjemput vendor Instagram bagi hidangan, perkhidmatan fotografi dan sebagainya, antara vendor berkenaan termasuk @burgersandbeyond, @sweet_as_sara, @muffinsparadisebrunei, @ piasau.glace, @jomjuice, @oldklangroad, @wingitbrunei, @grillstudiobn dan @kedaikopibn.

Para tetamu juga disajikan dengan pelbagai jenis makanan antarabangsa dan tempatan seperti Jepun, Itali, Melayu dan lain-lain serta minuman daripada Fratinis, Excapade Sushi dan The Coffee Bean.

Di samping menikmati juadah, tetamu juga berpeluang mengambil gambar kenangan-kenangan menerusi perkhidmatan pondok foto DST yang dikendalikan oleh vendor tempatan Mateenstore Enterprise yang membolehkan para tetamu untuk memuatnaik gambar-gambar mereka di Instagram dengan hashtag #dstraya dan pilih cetakan mereka untuk dibawa pulang secara percuma sebagai kenangan.

ARTIKEL YANG SAMA