Sambutan Lebaran penuh kebajikan

Sambutan Lebaran penuh kebajikan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

TUTONG, 3 Ogos – Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja Kupang (OKAWSD), Kupang, Tutong hari ini meraikan Lebaran penuh berkebajikan yang berlangsung di Dewan Serba guna sekolah itu. Keraian diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim sekolah tersebut yang disempurnakan oleh Ketua Kampung Kupang Tutong, Haji Puasa bin Haji Kula sebagai tetamu kehormat majlis.

Turut hadir di majlis itu ialah Datin Paduka Hajah Soraya Noraidah binti Abdullah yang sering melibatkan diri dalam aktiviti sekolah itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Majlis lebaran itu diserikan lagi dengan persembahan pelajar sekolah merangkumi tarian dan nyanyian serta pertandingan fesyen baju raya.

Ia bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan penduduk kampung serta jemputan lain.

Penyampaian derma anak-anak yatim disempurnakan oleh Haji Puasa.
Penyampaian derma anak-anak yatim disempurnakan oleh Haji Puasa.
Persembahan nyanyian dan tarian daripada murid-murid sekolah untuk menceriakan lagi suasana sambutan hari raya.
Persembahan nyanyian dan tarian daripada murid-murid sekolah untuk menceriakan lagi suasana sambutan hari raya.

ARTIKEL YANG SAMA