Sambutan Minggu Bahasa Inggeris Sek. SECA meriah

Sambutan Minggu Bahasa Inggeris Sek. SECA meriah

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Sekolah Cemerlang Abejess (SECA), baru-baru ini, telah menyambut Minggu Bahasa Inggeris bertema “To Love, Enjoy, Explore the English Language” dengan hari yang penuh menyeronokkan.

Sambutan telah diisi dengan pelbagai aktiviti, termasuk pertandingan interpretasi lagu, pertandingan koir, permainan “Talk Alike” yang mana murid-murid mengajuk suara pelat Inggeris yang dimainkan melalui audio, lakonan ‘dubsmash’ oleh warga fakulti sekolah dan sebagainya.

Sebelum penyampaian hadiah, Dayang Nurfasha Ashley binti Zahrin Shah menunjukkan kehebatannya bermain piano dengan Dayang Nurul Aqilah binti Zulkifli menyumbangkan suara vokal.

Gambar ramai semua para pelajar dan para pelatih mereka.
Gambar ramai semua para pelajar dan para pelatih mereka.

ARTIKEL YANG SAMA