Sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Perpindahan Lambak

Sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Perpindahan Lambak

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Perpindahan Lambak Kanan mengadakan Majlis Nuzul Al-Quran bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini yang berlangsung di masjid berkenaan petang tadi.

Majlis itu telah disertai lebih 50 orang belia, penduduk kampung serta ahli jawatankuasa Takmir Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

Majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diselajurkan dengan Khatam Al-Quran yang bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Nuzul Al-Quran dan meraih keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Antara para peserta yang menyertai Majlis Nuzul Al-Quran petang kelmarin.
Antara para peserta yang menyertai Majlis Nuzul Al-Quran petang kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA