Sambutan perayaan diteruskan walau dalam kelembapan ekonomi

Sambutan perayaan diteruskan walau dalam kelembapan ekonomi

KOTA KINABALU, 9 Feb – Tradisi menyambut sesuatu perayaan secara bersama oleh masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan harus dalam keadaan kelembapan ekonomi global.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata walaupun negara perlu berhemah dalam perbelanjaan pada tahun ini, amalan rumah terbuka dalam menyambut sesuatu perayaan tidak harus dikorbankan jika ia mampu mengukuhkan hubungan sesama rakyat, khususnya ketika berhadapan sesuatu kesusahan.

“Ini (rumah terbuka) adalah satu daripada program yang sungguh membantu usaha kita untuk bersatu padu supaya kita tidak lupa untuk meneruskan semangat kekitaan kita, semangat perpaduan kita, semangat kerjasama antara kita.

“Inilah hasrat murni kita yang harus kita teruskan, walaupun dengan skala sederhana,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Tun Juhar Mahiruddin (enam kanan) dan isteri Toh Puan Norlidah Datuk RM Jasni (lima kanan), Datuk Seri Musa Aman (sembilan kiri) dan isteri Datin Seri Faridah Tussin (empat kanan) menggaul Yee Sang sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) kelmarin. Turut hadir, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (lapan kiri) dan Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Keruak (kiri). – Bernama

Pairin, yang juga Presiden PBS, juga berharap rakyat cekal dalam menghadapai cabaran ekonomi pada tahun ini dan bersama-sama dengan kerajaan untuk mencapai kemajuan. – Bernama