Sambutan Raya BSP Sabtu ini

Sambutan Raya BSP Sabtu ini

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 26 Julai – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) akan menghoskan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat Daerah Belait, yang bakal diadakan di Pusat Insani, di sini, pada 30 Julai ini.

Majlis tersebut merupakan salah satu inisiatif pelaburan sosial tahunan syarikat berkenaan yang diadakan antara lain sebagai memupuk hubungan yang harmoni dengan pihak berkepentingan Syarikat BSP dan masyarakat tempatan di daerah ini.

Bakal dianjurkan oleh Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), majlis berkenaan akan diisikan dengan beberapa acara menarik di samping menjamu hidangan Hari Raya yang istimewa, seperti persembahan kebudayaan dan hiburan lainnya.

Bertemakan Hari Raya Tahun 70an, majlis dijangka bermula pukul 11 pagi hingga 2:30 petang dan akan dijamu dengan pelbagai jenis kuih Melayu klasik dan kek yang pernah terkenal di era 70an dulu.

Kanak-kanak juga tidak akan ketinggalan dihiburkan dengan permainan yang disediakan. Turut menceriakan lagi majlis pada hari itu nanti adalah kemunculan beberapa orang artis tempatan termasuk pelawak yang sudah meningkat naik namanya dalam kalangan masyarakat di negara ini iaitu Babu Sinur.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk bersama-sama menghadiri majlis tersebut nanti sambil bergaya dengan pakaian tahun 70an.

ARTIKEL YANG SAMA