Sambutan Raya IBTE Kampus Sultan Bolkiah

Sambutan Raya IBTE Kampus Sultan Bolkiah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 28 Julai – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kampus Sultan Bolkiah, di sini, turut tidak ketinggalan memeriahkan hari-hari terakhir bulan Syawal dengan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di dewan serba guna kampus berkenaan, hari ini.

Majlis tersebut telah diserikan dengan berbagai-bagai acara yang mengetengahkan para pelajar kampus berkenaan termasuk menyediakan pelbagai hadiah untuk dimenangi dalam acara cabutan bertuah dan sebagainya.

Sambutan tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, disusuli dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Ketua CCA, Pengiran Haji Sumajaya bin Pengiran Haji Osman.

Antara pelajar yang merakamkan kenangan bergambar bersama guru-guru mereka.
Antara pelajar yang merakamkan kenangan bergambar bersama guru-guru mereka.
Antara persembahan pentas daripada pelajar-pelajar sebagai menambahkan lagi kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya IBTE Kampus Sultan Bolkiah.
Antara persembahan pentas daripada pelajar-pelajar sebagai menambahkan lagi kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya IBTE Kampus Sultan Bolkiah.

Pelbagai persembahan pentas oleh para pelajar kemudian menambah meriahkan lagi suasana majlis tersebut yang diadakan sebagai aktiviti tahunan kampus, dengan tujuannya antara lain untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar dan tenaga pengajar serta warga di kampus berkenaan.

Berbagai-bagai jenis hidangan makanan dan beraneka warna kuih-muih dan kek, turut menambahkan lagi kemeriahan pada acara menjamu selera di akhir majlis tersebut, selain sesi bergambar guru dan pelajar-pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA