Sambutan raya Jabatan Daerah Belait

Sambutan raya Jabatan Daerah Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

Gambar ihsan Jabatan Daerah Belait

 

KUALA BELAIT 3 Ogos – Dengan tujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangannya, Jabatan Daerah Belait telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di V-Plaza Ballroom, di sini, malam tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Daerah Belait, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun bagi Daerah Belait, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta para pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Haji Mohammad Sunadi yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Haji Mohammad Sunadi yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Persembahan nyanyian Hari Raya daripada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.
Persembahan nyanyian Hari Raya daripada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Majlis yang juga dihasratkan untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya itu turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait yang telah bersara, yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Di samping itu, majlis juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa sambutan berkenaan yang disertai sama oleh para penghulu dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli Pasukan Kreatif Perayaan.

ARTIKEL YANG SAMA