Sambutan raya Kejiranan Al Barakah 50

Sambutan raya Kejiranan Al Barakah 50

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Ahli-ahli Kejiranan Al Barakah 50, terdiri daripada penduduk yang tinggal di Rancangan Perumahan Negara Kampung Meragang khususnya di persekitaran Simpang 50, Jalan Kamangsi Timur, baru-baru ini, turut menyemarakkan bulan Syawal dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis tersebut ditambah serikan lagi dengan bacaan Doa Selamat tanda kesyukuran atas kerukunan, kesejahteraan, keharmonian dan kesefahaman yang telah disemai selama tiga tahun semenjak mula mendiami rumah masing-masing di Kejiranan Al Barakah 50.

Suasana dimeriahkan dengan mengabadikan gambar kenangan di hadapan sebuah gerbang sepertimana jua dilakukan pada tahun sebelumnya.

Kemesraan ini membuktikan  betapa berkesannya perancangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memupuk perpaduan, hormat menghormati dan saling bekerjasama dalam satu-satu komuniti.

Gambar ramai penduduk di kejiranan Al Barakah 50.
Gambar ramai penduduk di kejiranan Al Barakah 50.

p12-9_20150814

ARTIKEL YANG SAMA