Sambutan raya keluarga PHM

Sambutan raya keluarga PHM

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Keluarga besar Allahyarham Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Durahman (PHM) dengan Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Buntar baru-baru ini telah mengadakan perhimpunan agung keluarga yang mengumpulkan lebih kurang 300 orang keluarga daripada 352 keseluruhannya di samping menyambut Sambutan Hari Raya yang telah diadakan di Dewan Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal.

Majlis tersebut bertujuan adalah bagi mengeratkan pertalian kekeluargaan yang juga sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan keluarga PHM bagi mengisi cuti-cuti khas dengan aktiviti yang bermanfaat serta memupuk semangat kekeluargaan.

Acara diisikan dengan aktviti-aktviti seperti solat Isyak berjemaah, diteruskan lagi dengan bacaan Asma Al Husna dan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, tahlil dan doa tahlil, kunjung-mengunjungi pada pondok keluarga masing-masing dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai seluruh ahli keluarga.

Gambar ramai keluarga besar PHM.
Gambar ramai keluarga besar PHM.

ARTIKEL YANG SAMA