Sambutan Raya KOTIBA

Sambutan Raya KOTIBA

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Seramai 31 orang anak yatim hari ini, menerima sumbangan derma masing-masing hasil dari Tabung Kebajikan KOTIBA pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 dan Majlis Penghargaan Kepada Pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA.

Majlis anjuran Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan acara tahunan bagi KOTIBA untuk memastikan tanggungjawab kepada masyarakat sekitar yang berbentuk kebajikan dapat dilaksanakan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang seterusnya menyampaikan sumbangan derma dan penghargaan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Stesen Minyak KOTIBA, Haji Rosdi Amin bin Dato Paduka Haji Yaakub.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis, Haji Muhsin bin Haji Ahmad dalam ucapannya berkata, “Tanggungjawab sosial yang berbentuk kebajikan ini memfokuskan kepada anak-anak yatim dari sekitar tiga buah kampung iaitu 11 orang dari Kampung Salambigar, dua orang dari Kampung Sungai Hanching dan 18 orang dari Kampung Tanah Jambu.”

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim.

Majlis juga diselajurkan dengan majlis penghargaan kepada pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA yang telah menunjukkan pencapaian yang terbaik, penghargaan buat kakitangan yang telah berkhidmat melebihi lima tahun dan kepada pekerja yang telah menamatkan perkhidmatannya.

“Dalam usaha Ahli Lembaga Pengarah KOTIBA untuk merealisasikan hasrat untuk menghargai pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA, maka secara tradisinya majlis penyampaian derma kebajikan bagi anak-anak yatim telah digabungkan dalam satu acara. Perkara ini amat bersesuaian dan munasabah khususnya dari segi penjimatan perbelanjaan dan penjimatan masa”.

ARTIKEL YANG SAMA