Sambutan Raya masih diraikan

Sambutan Raya masih diraikan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Jawatankuasa Keagamaan dan Kebajikan (JAKRIM82) bagi penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Simpang 82, Jalan 82, Perumahan Negara Kampung Rimba Gadong, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Sempena Hari Raya Aidilfitri. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi JAKRIM82, Awang Marsini bin Haji Marsin yang mana juga selaku penasihat majlis sambutan.

Acara diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi majlis iaitu Haji Sabtu bin Haji Shahminan, yang antara lain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir dan juga berterima kasih kepada yang menaja hadiah-hadiah untuk cabutan nama bertuah dan beliau berharap acara sedemikian akan terus diadakan setiap tahun. Majlis tersebut diadakan di perkarangan halaman rumah Haji Abdul Aziz bin Haji Tuah di Kampung Rimba.

Antara jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri 2016.
Antara jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra sempena Hari Raya Aidilfitri 2016.

ARTIKEL YANG SAMA