Sambutan raya Maybank Brunei

Sambutan raya Maybank Brunei

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Sebagai usaha untuk meraikan keakraban dan mengeratkan silaturahim serta menghargai sumbangan para pelanggan dan rakan kongsi, Maybank Brunei telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya di Tarindak D’Seni, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan di ibu negara, hari ini.

Hadir bagi menyambut kedatangan para tetamu ialah Pengarah Serantau Maybank, Lim Siew Ming, dan juga Ketua Maybank Berhad Negara Brunei Darussalam dan Pengurus Besar, Lim Yu Kwang bersama-sama para pengurus dan kakitangan Maybank yang lain.

Antara yang hadir ialah ahli-ahli kor diplomatik, pegawai-pegawai kerajaan, para pelanggan setia Maybank serta tetamu lainnya.

Pelbagai juadah telah disediakan untuk pelanggan seperti daging rendang, sate, piza, dan juga kuih-muih tempatan.

Lim Siew Ming (dua kiri), dan Lim Yu Kwang (lima kanan) bergambar ramai bersama kor diplomatik, para pelanggan dan warga Maybank yang lain.
Lim Siew Ming (dua kiri), dan Lim Yu Kwang (lima kanan) bergambar ramai bersama kor diplomatik, para pelanggan dan warga Maybank yang lain.
Antara yang hadir bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya berkenaan.
Antara yang hadir bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya berkenaan.

Lim Yu Kwang ketika ditemui Media Permata menjelaskan bahawa majlis sambutan berkenaan diadakan bagi merapatkan silaturahim serta beramah mesra dengan tetamu dalam suasana tidak formal.

“Acara sebegini merupakan acara tahunan yang kami adakan dan ini juga adalah salah satu cara kami memberikan balik kepada para pelanggan setia kami. Selain itu juga, kita dapat menikmati pemandangan Kampong Ayer yang indah sambil berbual-bual dengan para tetamu yang hadir,” tambah beliau lagi.

 

ARTIKEL YANG SAMA