Sambutan Raya PFNBD meriah

Sambutan Raya PFNBD meriah

Oleh HM Yusof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Dalam sama-sama memeriahkan lagi bulan Syawal tahun ini, Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darusssalam (PFNBD) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Belia Kafe, Pusat Belia, di sini, kelmarin.

Lebih 40 orang ahli PFNBD serta keluarga mereka menghadiri majlis berkenaan yang dimeriahkan dengan cabutan bertuah.

Majlis seumpama ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli dan keluarga.

Gambar ramai semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PFNBD di Belia Kafe, Pusat Belia.
Gambar ramai semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PFNBD di Belia Kafe, Pusat Belia.

ARTIKEL YANG SAMA