Sambutan Raya sempena jubli emas

Sambutan Raya sempena jubli emas

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Julai – Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, malam tadi, telah meraikan ulang tahun jubli emas penubuhannya serta ulang tahun ke-3 penubuhan belia masjid berkenaan dalam majlis yang diselajurkan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis dikelolakan oleh Belia Masjid ‘Ibadur Rahman berkenaan dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad selaku tetamu kehormat majlis.

Tujuan utama majlis diadakan adalah bagi memuliakan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, sambil mengeratkan lagi semangat persaudaraan atau ukhuwah dalam kalangan jemaah.

Di samping itu, ia juga bagi mengenang kembali sejarah, perkembangan dan perjalanan masjid sepanjang 50 tahun yang mana para jemaah dapat merasakan pahit dan manis dalam menjalankan program dan aktiviti masjid tersebut.

Gambar ramai tetamu kehormat bersama para jemaah lelaki dan Muslimah daripada Belia Masjid ‘Iba-dur Rahman.
Gambar ramai tetamu kehormat bersama para jemaah lelaki dan Muslimah daripada Belia Masjid ‘Iba-dur Rahman.

Seramai 30 orang jemaah lelaki dan 40 Muslimah telah melibatkan diri di majlis itu.

Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan, majlis diikuti dengan cabutan bertuah, pertandingan menulis pantun dan syair Hari Raya Aidilfitri bagi kategori dewasa, pertandingan foto Instagram dan WhatsApp bagi kategori muda-mudi dan belia, serta pertandingan mewarna kad Hari Raya bagi kategori kanak-kanak.

Pada tahun ini, genaplah usia 50 tahun penubuhan Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong sejak siap pembinaannya pada tahun 1966 dan seterusnya mengingati penubuhan belia masjid yang ketiga pada 21 Julai 2013.

ARTIKEL YANG SAMA