Sambutan Raya Sumbangsih Mulia meriah

Sambutan Raya Sumbangsih Mulia meriah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Para peniaga di Sumbangsih Mulia tidak ketinggalan dalam menyemarakkan bulan Syawal dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Bangunan Sumbangsih Mulia, kelmarin.

Acara tahunan berkenaan telah dihadiri oleh Pengurus Sumbangsih Mulia, Haji Mansor bin Haji Mohd Yassin, ahli-ahli Jawatankuasa Bangunan Sumbangsih Mulia, para peniaga serta ahli keluarga mereka.

Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan berkenaan seperti persembahan nyanyian oleh para peniaga, cabutan bertuah dan karaoke.

Menurut Haji Mansor, acara berkenaan diadakan bagi mengeratkan tali silaturahim antara peniaga-peniaga dan juga orang ramai yang mengunjungi Bangunan Sumbangsih Mulia.

Ahli Jawatankuasa dan peniaga yang hadir pada sambutan berkenaan.
Ahli Jawatankuasa dan peniaga yang hadir pada sambutan berkenaan.

Katanya lagi, Jawatankuasa Bangunan Sumbangsih Mulia juga telah merancang untuk mengadakan satu acara keagamaan dalam masa terdekat ini bagi menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan bangunan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2006.

Dalam kesempatan ini, para peniaga menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana telah menyediakan sebuah tempat yang aman dan selesa untuk mereka berniaga. Para peniaga juga mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-70 tahun Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

ARTIKEL YANG SAMA