Sambutan Tahun Baru Cina jalin persahabatan erat

Sambutan Tahun Baru Cina jalin persahabatan erat

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 9 Feb – Sudah menjadi tradisi keluarganya sejak dulu lagi, rumah terbuka Tahun Baru Cina, Awang Loo Soon Nin di Mukim Seria pada tahun ini tetap meriah dengan kunjungan daripada sanak saudara dan rakan-rakannya yang juga terdiri daripada masyarakat Melayu.

Beliau yang memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria mengatakan sambutan Tahun Baru Cina kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan silat daripada ahli Persatuan Silat Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lorong Tiga Seria, di samping persembahan lazim tarian singa, yang bukan sahaja sebagai menghiburkan pengunjung tetapi juga dipercayai oleh Masyarakat Tiong Hua, membawa nasib yang baik.

Dari segi hidangan makanan, menurut Awang Loo Soo Nin, mereka akan menyediakan hidangan yang disediakan oleh orang Islam, sebagai menghormati rakan-rakan yang beragama Islam yang berkunjung ke rumah mereka.

Selain majlis rumah terbuka, MPM Seria dengan kerjasama Awang Loo Soon Nin setiap tahun turut mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang mengundang masyarakat persekitaran serta ahli-ahli MPM dan MPK Seria yang diadakan pada pertengahan sambutan Tahun Baru Cina.

Awang Loo Soon Nin bersama keluarganya telah mengamalkan majlis rumah terbuka sempena Sambutan Tahun Baru Cina sejak dulu lagi.
Awang Loo Soon Nin bersama keluarganya telah mengamalkan majlis rumah terbuka sempena Sambutan Tahun Baru Cina sejak dulu lagi.
Awang Francis Law dan isteri sentiasa mengamalkan hidup bermasyarakat dan sambutan Tahun Baru Cina ini adalah peluang untuk mereka mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan dan kenalan mereka.
Awang Francis Law dan isteri sentiasa mengamalkan hidup bermasyarakat dan sambutan Tahun Baru Cina ini adalah peluang untuk mereka mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan dan kenalan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Kehormat Sekolah Menengah Chung Hwa Kuala Belait, Awang Francis Law, semasa majlis rumah terbuka di kediamannya di Jalan Maulana di sini memberitahu, sebagai rakyat di negara ini mereka sekeluarga tetap mengamalkan hidup bermasyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa, dengan mengeratkan hubungan persahabatan melalui Sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun.

Beliau yang kini usianya mencecah 80 tahun, berharap Tahun Monyet pada tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan dalam semua perkara dan terutamanya kepada negara ini yang akan terus aman dan makmur serta rakyatnya sentiasa taat kepada raja, bangsa dan agama.

ARTIKEL YANG SAMA