Sambutan Tahun Baru Cina SCB

Sambutan Tahun Baru Cina SCB

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Bank Standard Chartered Brunei (SCB) hari ini telah menjemput pegawai-pegawai kerajaan, duta-duta besar, rakan niaga, rakan-rakan bank lain dan para pelanggan pada Malis Sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Restoran Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall, di sini.

Majlis yang dihadiri lebih daripada 400 orang pengunjung itu dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Rino Donosepoetro bersama ahli-ahli kanan kumpulan pengurusan bank SCB.

Rino dalam ucapannya gembira atas kesempatan ini untuk secara peribadi menyampaikan salam maju jaya kepada pelanggan-pelanggan SCB dan sekutu bagi musim ini.

Beliau seterusnya menekankan, “Walaupun cabaran daripada kesan kelembapan ekonomi global dan penurunan harga minyak berpanjangan, kami tetap optimistik akan prospek pertumbuhan francais kami di Brunei pada tahun 2016. Kami melihat peluang jelas dalam pasaran sektor runcit dan juga korporat serta Institusi”.

Para jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, duta-duta besar, rakan niaga, rakan-rakan bank lain dan para pelanggan SCB.
Para jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, duta-duta besar, rakan niaga, rakan-rakan bank lain dan para pelanggan SCB.
Rino Donosepoetro (dua kiri) bergambar ramai bersama ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen.

Rino ketika mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Craig Allen bersama isterinya.
Rino ketika mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Craig Allen bersama isterinya.
Rino Donosepoetro bergambar ramai bersama jemputan-jemputan yang menghadiri majlis tersebut.
Rino Donosepoetro bergambar ramai bersama jemputan-jemputan yang menghadiri majlis tersebut.

Beliau turut menambah, “Sebagai sebuah bank antarabangsa dengan kehadiran di kesemua 10 pasaran ASEAN dan pengetahuan mendalam di rantau tersebut, kami berkedudukan baik untuk membantu pelanggan kami meneroka peluang dalam wilayah ini.”

Dalam pada itu, SCB akan terus mengetuai pasaran dalam Pengurusan Kekayaan dengan pelbagai produk ditawarkan dan pengetahuan teknikal.

Perniagaan runcit dan Korporat & Institusi Perbankan SCB yang kukuh juga akan terus mengukuhkan lagi bagi tawaran nilai produk kad-kad dan juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan korporat bagi pelanggan SCB.

ARTIKEL YANG SAMA