Sambutan tahun baru hijrah masih dirasai

Sambutan tahun baru hijrah masih dirasai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Pejabat Peguam Negara juga tidak ketinggalan menyemarakkan Awal Tahun Baru Hijrah 1438 dengan majlis sambutan yang berlangsung di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar berserta pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Pentadbir Kanan, Pengiran Khairul Hisham bin Pengiran Haji Ismail selaku pengerusi bersama majlis.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar dan Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati hadir ke majlis berkenaan.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar dan Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati hadir ke majlis berkenaan.
Pengiran Khairul Hisham menyam-paikan ucapan alu-aluannya.
Pengiran Khairul Hisham menyam-paikan ucapan alu-aluannya.
Para jemputan yang hadir ke majlis itu.
Para jemputan yang hadir ke majlis itu.

Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa antara pengajaran penting yang dapat dipelajari daripada peristiwa Hijrah adalah keperluan orang Islam untuk berhijrah daripada yang tidak baik kepada yang baik dan seterusnya daripada yang baik kepada yang lebih baik.

Majlis kemudian diserikan lagi dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah undangan, Penolong Kaunselor Penjara, Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

Beliau dalam ceramahnya menyentuh mengenai penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

ARTIKEL YANG SAMA