Sambutan tetap meriah

Sambutan tetap meriah

WASHINGTON, 5 Julai (dpa) – Walaupun polis dalam pengawasan ketat pada sambutan hari kemerdekaan untuk bersedia kemungkinan serangan pengganas, ia bagaimanapun tidak menghalang acara tahunan pertandingan hot dog ‘Keempat Julai’ di New York.

Matt Stonie, 23, warga California, berjaya memakan 62 hot dog dalam masa 10 minit, bagi menghalang kemenangan Joey Chestnut buat sembilan kali berturut-turut di pertandingan tersebut.

Tetapi Chestnut kekal memegang rekodnya memakan 69 hot dog pada 2013.

Miki Sudo, 29, menyandang bahagian wanita dengan memakan 38 hot dog.

Walaupun pegawai persekutuan tidak mengesan sebarang ancaman tertentu, Ketua Keselamatan Dalam Negeri Jeh Johnson minggu lepas berkata Jabatannya dan FBI dalam hubungan rapat dengan pegawai penguat kuasa tempatan dan negara menjelang cuti empat Julai.

Acara persembahan bunga api pada hari kemerdekaan AS di Washington. – AFP
Acara persembahan bunga api pada hari kemerdekaan AS di Washington. – AFP

“Kami menggalakkan semua penguatkuasaan undang-undang untuk bersedia dan berjaga-jaga,” katanya.

ABC News melaporkan pihak FBI telah memberikan buletin kepada 18,000 pegawai polis menggesa mereka supaya berjaga-jaga.

Di ibu negeri negara, Pusat membeli-belah Washington telah bersedia menerima kunjungan 600,000 pelawat untuk persembahan bunga api.

Pagar dan halangan ditempatkan pada pagi Sabtu untuk menyalurkan para pelawat melalui pemeriksaan keselamatan, dan kereta api Metro dipenuhi oleh pengunjung untuk menuju ke pusat bandar.

Ribut kuat pada petang itu membuatkan pengunjung berlarian untuk berteduh, dan Rumah Putih telah membatalkan satu perkelahan yang telah dirancang untuk ahli-ahli tentera negara yang dijemput.