Sambutan wira untuk skuad Iceland

Sambutan wira untuk skuad Iceland

REYKJAVIK, 5 Julai – Skuad bola sepak Iceland menerima sambutan seperti wira ketika kembali ke tanah air, semalam selepas pencapaian yang mengagumkan layak ke suku akhir pada Euro 2016 di Perancis.

Pesawat mereka terbang rendah di ibu negara, Reykjavik sebelum mendarat di lapangan terbang Keflavik di mana anggota bomba tempatan memberikan penghormatan dengan menyembur air yang membentuk pelangi.

Penyerang, Kolbeinn Sigthorsson yang menjaringkan gol sagu hati ketika tewas 2-5 kepada kepada tuan rumah di Stade de France, Ahad lalu berkata, dia gembira untuk berada di negaranya.

“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan untuk mendapatkan sokongan itu,” katanya dengan anggaran 30,000 peminat yang hadir – kira-kira sepuluh peratus daripada penduduk negara itu – yang bersama mereka di Perancis.

Ketibaan pasukan Iceland disambut meriah oleh penduduk Iceland. - AFP
Ketibaan pasukan Iceland disambut meriah oleh penduduk Iceland. – AFP

“Kami mengalami sesuatu yang indah, ia adalah impian yang menjadi kenyataan dan kami amat berbangga kerana dapat membawa keceriaan kepada negara,” katanya.

Barisan pemain kemudian diarak melalui jalan di ibu negara dengan menaiki bas dua tingkat menuju ke arah Arnarholl Park, untuk meraikan dengan peminat mereka.

“Cerita dongeng masih wujud! Ia jarang berlaku – jika ia memang pernah berlaku – untuk menyatukan kami, Iceland seperti yang anda lakukan di atas padang bola sepak,” kata Perdana Menteri, Sigurdur Ingi Johannsson kepada pasukan itu di pusat bandar Reykjavik dan mendapat sorakan membanggakan puluhan ribu penyokong. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA