Sami Korea S ...

Sami Korea S bakar diri, disahkan meninggal dunia

SEOUL, 10 Jan – Seorang sami Buddha Korea Selatan yang membakar dirinya semasa bantahan ke atas Presiden Park Geun-Hye telah meninggal dunia, kata para pegawai hospital hari ini.

Sami berusia 64 tahun itu membakar dirinya pada malam Sabtu di tengah Seoul di mana ratusan ribu orang telah berkumpul mengadakan perhimpunan bagi minggu ke-11 untuk menuntut penyingkiran serta-merta Park.

Dia mengalami kebakaran teruk di seluruh wajah dan badannya dan meninggal dunia pada malam Isnin, menurut Hospital Universiti Kebangsaan Seoul, tempat dia dirawat. Sami itu yang dikenal pasti sebagai Jung-Won, meninggalkan nota menggesa pihak berkuasa untuk menangkap presiden yang dilanda skandal yang melakukan ‘pengkhianatan’ dan mengkritik dasar pentadbirannya.

Dia juga mengecam Park sebagai ‘pembelot’ kerana memeterai perjanjian dengan Jepun untuk menyelesaikan pampasan kepada wanita yang dipaksa menjadi hamba seksual bagi tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, menurut agensi berita Yonhap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA