Sami terkemuka meninggal dalam penjara

Sami terkemuka meninggal dalam penjara

BEIJING, 13 Julai (Reuters) – Seorang sami Tibet yang juga salah seorang banduan politik terkemuka China meninggal dunia dalam penjara, kata keluarga dan aktivis hak asasi kemanusiaan hari ini, yang membangkitkan prospek peningkatan dalam kemarahan terhadap kerajaan di rantau–rantau Tibet.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan kumpulan hak asasi antarabangsa meminta bagi pembebasan sami itu, Tenzin Delek Rinpoche, 65, yang meninggal dunia semalam dalam penjara Chuandong di barat daya bandar Chengdu, Geshe Nyima memberitahu Reuters menerusi telefon dari India.

Tenzin Delek menjalani hukuman penjara 20 tahun atas dakwaan “jenayah keganasan dan penghasutan terhadap fahaman pemisahan.”

Punca kematian tidak jelas, Geshe Nyima berkata, yang menambah bahawa pihak berkuasa telah memaklumkan adik perempuan Tenzin Dele semalam tetapi tidak menyatakan lebih lanjut mengenai kematiannya.

Adik perempuan Tenzin Deleh berada di luar penjara Chuandong awal hari ini, meraung dan meminta bagi mayatnya dikembalikan, kata Geshe Nyima.

Panggilan telefon untuk mendapatkan ulasan daripada pegawai di penjara Chuangdong tidak dijawab.

“Rinpoche bukanlah orang biasa, dia adalah salah seorang pemimpin yang dihormati,” kata Dorjee Tseten, pengarah penuntut Asia bagi Free Tibet, kumpulan hak asasi yang mengadakan kempen bagi pembebasan Tenzin Delek.

“Kematiannya mengejutkan kami semua.” China telah memerintah Tibet sejak “pembebasan damai” tentera terhadap rantau itu pada 1950.

Pemimpin kerohanian Tibet, Dalai Lama, yang melarikan diri dalam buangan di India pada 1959 selepas pemberontakan ke atas pemerintah China.

China mengambil tindakan tegas menentang sebarang tanda bantahan anti kerajaan di rantau itu dan mengecam

Dalai Lama sebagai “serigala dalam pakaian biri-biri” yang berusaha menggunakan cara ganas untuk membangunkan Tibet merdeka.

Dalai Lama berkata dia mahukan autonomi asli bagi Tibet dan menafikan mendukung keganasan.

ARTIKEL YANG SAMA