Sampah bertaburan di jalan ke Katok/Mata-Mata

Sampah bertaburan di jalan ke Katok/Mata-Mata

SAYA adalah salah seorang yang baru berpindah ke Perpindahan Kampung Katok tidak jauh dari Sekolah Menengah Katok dan sering menggunakan Jalan Nenas Madu.

Apa yang mendukacitakan ialah kawasan kiri dan kanan jalan ini bertaburan sampah sarap yang dibuang oleh orang-orang yang mendiami kawasan perumahan Katok/Mata-Mata.

Kenapa terjadi demikian? Saya jangka ini adalah kerana kawasan Perumahan Katok dan Mata-Mata tidak ada tempat khas untuk membuang sampah sebagaimana yang ada disediakan di Perpindahan Rimba, Jalan Bengkurong dan Jalan Katimahar.

Sehubungan itu, diharap pihak yang bertanggungjawab akan dapat mengusahakan untuk mengadakan tempat pembuangan sampah khas untuk kemudahan penduduk di situ, demi menjaga keindahan, kebersihan dan kesihatan penduduk Kampung Katok dan Kampung Mata-Mata.

Orang Katok/Mata-Mata, Perpindahan Katok

ARTIKEL YANG SAMA